jgn kacau

salji

Monday, December 19, 2011

persoalan UMT terjawab:D

oke kowg sokln yg iqa kasi kt UMT tu da jawb...
HAHA. hapi nyerr... auch !
kn iqa da jnji nk gtaw sokln nyer...
nie lah dye..:DD
 #mood : HAPPY


              (yang nie iqa send.hihi:)
assalamualaikum @ salam sejahtera,


saya nuratiqa kamarudin,
pelajar kolej matrikulasi teknikal pahang.
course k.elektrical & electronics.

berminat dengan course UMT > sains gunaan (electronic & instrument )

soalan:

1. selepas degree course yg sy plih nie, boleh ke smbog lagi ke master atau U len? klow nk jdy lectrer mcm mne ?

2. bole ker saya dpt an tittle IR through course nie ?

3. sy tinggal di shah alam, mengenai penginapan..adakah seluruh sem sy bole menginap ?

4. ade biasiswa x ?

5. adakah UMT dikenali syarikat2 electronics ? syarikat yg ambil pelajr UMT kerja ? syarikat di shah alam / kl ade x ? 

terima kasih. harap pihak UMT bole trang kan dgn jelas:D
.
.
.
.
.
.
and then sehari lepas tu..
email ku dbalas..yeah !
.
.
.
.
.


Assalamualaikum wbt and good day,
Dear Saudari Nuratiqa Kamarudin,


Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih di atas minat saudari untuk meneruskan pengajian di UMT dan Jabatan Sains Fizik khususnya. Berikut adalah jawapan bagi persoalan yang telah saudari berikan:


1. Ya, Selepas tamat pengajian Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik & Instrumentasi) atau FEDI, peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat MSc dan PhD adalah tinggi. Syarat minimum untuk menyambung pengajian daripada BSc ke MSc ialah PNGK>=2.70 manakala BSc ke PhD adalah  PNGK>=3.75. Jika saudari berminat untuk menjadi pensyarah di Univ., adalah disarankan agar saudari menyambung pengajian sehingga PhD kerana peluang untuk menjadi pensyarah adalah lebih cerah.


2. Untuk pengetahuan, gelaran 'Ir' adalah bagi program kejuruteraan sahaja. Bagi pelajar kelulusan BEng., mereka perlu mengambil peperiksaan khas di badan profesional bagi jurutera serta beberapa syarat lain untuk mendapat gelaran tersebut apabila tamat kelak. Namun bagi program BSc, tidak boleh mendapat gelaran tersebut.


3. Walaupun penginapan di asrama UMT adalah terhad, namun, bagi pelajar yang aktif dalam bidang ko-kurikulum (aktiviti bukan akademik di UMT) boleh mendapat tempat di asrama. Walaubagaimanapun, kos penginapan di sekitar UMT adalah berpatutan dan lebih murah jika dibandingkan dengan univ.-univ. yang teletak di lembah kelang.


4. Bagi pelajar yang cemerlang di peringkat Matrikulasi/Asasi/STPM, peluang biasiswa daripada JPA, MARA dan badan-badan lain pemberi biasiswa boleh dipohon. Namun, badan tersebut akan membuat tapisan mereka sendiri dan diluar kuasa UMT. Walaubagaimanapun, PTPTN ada menyediakan pinjaman pelajaran bagi pelajar di UMT.


5. Alhamdulillah, setakat ini, graduan SMSG(FEDI) tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan tempat pekerjaan. Untuk pengetahuan, pelajar FEDI akan menjalankan latihan di industri selama 3 bulan pada tahun ke 2 pengajian bagi pendedahan di industri. Graduan program ini kebanyakkannya bekerja sebagai jurutera di kilang elektronik, jurutera operasi, jurutera instrumen dan lain-lain. Terdapat juga graduan yang bekerja di hospital sebagai ahli radiologi/sinaran serta juruteknik elektronik peralatan perubatan. Terdapat juga graduan kami yang bekerja sebagai ahli kawalan trafik udara di KLIA! Peluang memang ada, cuma bagaimana untuk 'menyerlah daripada yang lain' perlu diberikan penekanan.


Diharapkan agar jawapan dan penerangan yang diberikan ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi mengenai pragram kami. Jika saudari ingin bertanya dengan Alumni dan mahasiswa/i kami bolehlah lawati kami di www.facebook.com/jabatansainsfizikumt atau laman web rasmi UMT di www.umt.edu.my


Sekian, terima kasih.
.
.
.
.
.
hehe.suke nyer.. bgge iqa taw.
so, UMT u ar my future !

6 comments:

  1. Thanxx for this information :) act tak tahu ape tu fizik electronik dan instrumentasi.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam. saya pun dapat U dan kos sama dengan akak. tapi nak tanya kenapa akak tukar U ya? saya pun masih bingung nak terima or not U ni. harap dapat membantu. t.kasih:)

    ReplyDelete
  4. mana ada tukar u laa..sy dulu first choice mmg pilih UTM..xsangka dapat..tu yg study je...jgn risau..apa apa subjek sume sama je..asalkan pupuk minat nak belaja(:

    ReplyDelete
  5. salam..saya juga dapat u dan course yang sama ? nak tanya..sis sekarang masih belajar atau sudah bekerja ?

    ReplyDelete
  6. Salam kak. Bidang ni susah ke idok kak? Main nge elektrik je ke kak?

    ReplyDelete